tag_coe.png (7639 bytes)
UTAMA KURSUS PRODUK KURSUS TERNAK SIAPA KAMI
 
 

Slideshow Image Script

 
 
 
  rw
KURSUS TERNAKAN
Kursus Ternak Kelulut menu_arrow.png (197 bytes)
Industri Biak Baka
KURSUS PRODUK
Kursus Pemprosesan
Kosmetik Organik
Bahan Asas Kelulut
Madu Herba
Pelbagai Jenis Sabun
Pati Minyak Aroma
Sabun Mentah
INFO & PANDUAN
Massage Oils
Perbezaan SH vs IH
Klinik Kelultu
Koloni Kelulut
Membiak Baka
Broadcell
Istilah

 

a

 
KURSUS  MEMBIAK BAKA DAN TERNAK KELULUT
 

Sempena Tahun 2017, Centre Of Excellence on Kelulut (COE) memperkenalkan - Kursus Membiak-baka dan Ternak Kelulut yang menggunakan Smart Hive (SH) menggantikan penggunaan log kayu.
 

Smart Hive adalah merupakan inovasi yang dibangunkan untuk guna pakai sebagai hive pembiakkan. Dan ianya adalah satu inovasi oleh COE yang berkeupayaan berdepan dengan perubahan suhu yang tidak menentu sepertimana suhu dikawasan beriklim tropika yang kadang kala terlalu panas atau terlalu sejuk.

Smart Hive mempunyai ciri-ciri istimewa yang menyamai log asal dimana ia berupaya mengekalkan suhu bahagian dalamnya sekitar 25C - 32C untuk membolehkan koloni kelulut terus berkembang dan berupaya menghasilkan madu, beebread dan propolis sepanjang tahun.

Apakah Anda Akan Terus Menternak Kelulut Manggunakan Log Asal?

Masaalah utama para penternak Kelulut sejak kebelakangan ini adalah - kekurangan log asal dan peningkatan harga yang mendadak.

Dengan bantuan - Smart Hive kerja untuk membiak baka Kelulut amat mudah dilakukan. Jika anda mempunyai satu koloni Kelulut - menggunakan Smart Hive koloni Kelulut anda boleh diperbanyakkan dan yang penting anda tidak perlu membelah log asal TETAPI jumlah koloni Kelulut anda boleh digandakan. Namun ia bergantung kepada beberapa faktor diantaranya termasuklah - keaktifan koloni dan jangkamasa koloni direhatkan.

Dengan Smart Hive juga - anda tidak perlu mengeluarkan kos yang berganda malahan anda akan mempunyai satu persekitaran penternakan yang mudah diselenggara dan kerja penuaian boleh dilaksanakan dalam suasana lebih bersih dan teratur.

Industri Biak Baka ........

Anda sudah mengenali secara lebih dekat apa yang dimaksudkan dengan - Biak Baka Kelulut. Dan dengan bantuan Smart Hive juga telah berjaya mengganda koloni Kelulut sedia ada menjadi berganda. TAHUKAH bahawasanya Smart Hive yang telah lengkap mempunyai harga pasaran lebih tinggi berbanding log asal? Kerana kekuatan koloni boleh dilihat sendiri oleh pembeli berbanding jika mereka membeli log asal - bagaimana untuk menenguk sais koloni di dalam log?

Dan dengan Smart Hive juga para penternak mampu menghasilkan madu yang mempunyai kualiti - warna, rasa dan kelikatan yang sama sepanjang tahun. Bukannya hanya dari March hingga Ogas sepertimana penggunaan log asal.

Bagaimana Smart Hive Membantu Anda Menjana Pendapatan?

Smart Hive menyediakan satu persekitaran baru yang lebih harmoni berbanding log kayu. Amat mudah digunakan untuk proses biak baka / "multiplication" tanpa membelah log asal. Dan melalui Kursus Membiak Baka dan Ternak Kelulut - anda akan diberi panduan bagaimana kerja-kerja "multiplication" harus dilakukan.

Dan Untuk mendapatkan satu koloni baru Trigona itama sp. dari log asal hanya memerlukan 10 -15 hari dan setiap satu log asal yang aktif boleh menghasilkan lebih kurang 3-4 koloni baru. Manakala untuk spesis Geniotrigona thoracica sp. mengambil masa selama 30 - 45 hari untuk menghasilkan satu koloni.

Dikatakan, sekarang anda mempunyai 25 log Trigona itama sp. yang aktif dan selesai mengikuti  kursus menggunakan Smart Hive dalam masa 3 bulan anda boleh menggandakan menjadi 50 koloni. Tentu anda boleh bayangkan keuntungannya .... Itu belum lagi dikira jika anda membiak baka spesis Geniotrigona thoracica sp.

MODUL

 
- Apa yang dimaksudkan dengan biak baka dan pindah koloni?
- Apa yang dikatakan Smart Hive.
- Apa perbezaan Smart Hive dan Artificial Hive yang lain
- Berapakah ukuran Smart Hive yang sesuai untuk spesis tertentu?
- Bagaimana mengunakan terus Smart Hive yang diperbuat menggunakan papan kilang?
- Menyediakan TOXIC REMOVER
- Bilakah masa paling sesuai untuk kerja membiak baka.
- Bagaimana untuk mengetahui kejayaan kerja biak baka anda?
- Bagaimana berdepan dengan masaalah.
- Harga pasaran Smart Hive yang telah stabil .......
Tarikh-Tarikh Kursus Akan Diadakan
( Sila pilih tarikh dan buat tempahan segera)
- 30 Julai 2017
- 27 Ogos 2017
- 24 September 2017
- 29 Oktober 2017
- 26 November 2017
- 31 Disember 2017
Penyertaan
Penyertaan : Dihadkan untuk 10 orang sahaja (Dialu2kan pendaftaran awal)
Bayaran Merangkumi : Nota Bercetak, Smart Hive (Geniotrigona thoracica sp), Sarapan, Makan Tengahari, Minum petang dan Sijil Penyertaan.
Bayaran: RM850.00 seorang / RM1500.00 berdua
    PERTANYAAN
Hubungi - 016 3160029 (Puan Fauxiah) atau 011 33119056 (Dr Razali kemp)
Whatapps - 016 3160029 / 011 33119056
 
Email - rkemp8@yahoo.com
     

mulakan memproses bahan asas kelulut untuk jana pendpatan