tag_coe.png (7639 bytes)
UTAMA KURSUS PRODUK KURSUS TERNAK SIAPA KAMI
 
 

Slideshow Image Script

 
 
 
  rw
KURSUS TERNAKAN
Kursus Ternak Kelulut
Industri Biak Baka menu_arrow.png (197 bytes)
KURSUS PRODUK
Kursus Pemprosesan
Kosmetik Organik
Bahan Asas Kelulut
Madu Herba
Pelbagai Jenis Sabun
Pati Minyak Aroma
Sabun Mentah
INFO & PANDUAN
Massage Oils
Perbezaan SH vs IH
Klinik Kelulut
Koloni Kelulut
Membiak Baka
Broadcel
Istilah

 

a

 
INDUSTRI BIAK BAKA KELULUT
 

kursus_ternak.jpg (37667 bytes)

Penternakan Kelulut di Malaysia masih bergantung kepada kaedah penternakan mengunakan log asal iaitu log kayu yang diperolehi terus dari pokok-poko. Masih kurang bilanganya yang menggunakan kotak kayu terutamanya Smart Hive atau Intellegent Hive yang direka khusus untuk kerja-kerja pembiakan dan penternakan.

 

Pembiakan Kelulut jenis Trigona Itama sp. adalah lebih mudah berbanding spesis lain. Melalui kaedah 'bridging'- dan beberapa sentimeter broadcell yang diletakan didalam Smart Hive lalu dihubungkan dengan poly paip akan menghasilkan satu koloni baru selang 10 -15 hari. Dan koloni tersebut akan dididik untuk jangkamasa lebih kurang 30 hari sebelum dapat melihat proses penetasan pertama berlaku. Seterusnya koloni tersebut sudah mula boleh diasuh untuk mendapatkan madunya.

 
Dianggarkan setiap Penternak Kelulut yang aktif di Malaysia menyimpan sekurang-kurangnya 30 -100 log asal dan apa akan terjadi jika pengetahuan membiak baka menggunakan Smart Hive dipraktikan untuk menambah koloni disamping menjadikannya sebagai salah satu sumber pendapatan baru dalam industri Penternakan Kelulut.
 

Carta dibawah disediakan berdasarkan 30 log yang dimiliki oleh beberapa penternak yang telah mula membabitkan diri sebagai - Pembiak Baka. Dan dengan kaedah yang betul setiap log Trigona Itama mampu menghasilkan satu koloni baru setiap bulam dan ianya berterusan selama 3 bulan.

 
Bulan Jumlah Koloni Modal Pendapatan
1 30 10,500.00 -
1 +30 - 19,500.00
2 +30 - 19,500.00
3 +30 - 19,500.00
Jumlah Pendapatan 58,500.00
 
Modal
Modal setiap log dikira = RM350.00 x 30 = RM10,500.00
Modal barangan lain membuat Smart Hive = RM5,000.00
Pendapatan
Setiap Smart Hive yang telah stabil dijual = RM650.00 x 90 = RM58,500.00
Kerosakan 20% = RM11,700.00
Pendapatan bersih 3 bulan = RM58,500.00 - RM11,700.00 = RM46,800.00
Pendapatan setiap bulan = RM15,600.00

Seperti di Australia - Dari tahun 1998 hingga 2013 penternak disana telah menghasilkan 8,000 koloni kelulut biak baka dengan menggunakan hive OATH rekaan (Dollin, 2002; Klumpp, 2007). Kebelakangan ini jumlah pembiak baka bertambah dua kali ganda dan jumlah hive yang dikehendaki dipasaran juga meningkat kepada 4 kali ganda. Hakikatnya - sejak tahun 1998 peningkatan kejayaan kerja membiak baka hanya pada kadar 9% dan membuatkan ramai penternak yang kekal dengan kaedah menggunakan log. 

Di Malaysia - peluang masih terbuka untuk menjadi Pembiak Baka dan untuk mengetahui kaedah yang sesuai sertai kursus - Penternakan Membiak Baka dan Ternak Kelulut. Mungkin dengan mengenali sub-industri dalam bidang Penternakan Kelulut pendapatan anda akan lebih terjamin.

 
    PERTANYAAN
Hubungi - 016 3160029 (Puan Fauxiah) atau 011 33119056 (Dr Razali kemp) 
Email - rkemp8@yahoo.com
     

mulakan memproses bahan asas kelulut untuk jana pendapatan